78364371_2348695482107236_955835479847075840_o

MPRI 2019 Melonjak Wibawa UMT bersama Industri

Pada 24 November 2019, Universiti Malaysia Terengganu telah menganjurkan Majlis Penghargaan Rakan Industri UMT 2019 (MPRI 2019) dan Pelancaran Program Work Based Learning (WBL) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.,Johor dan Kuantan Port Konsortium Sdn. Bhd., Pahang bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMT, Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar. Turut hadir adalah 300 tetamu yang terdiri daripada rakan industri dan komuniti, agensi kerajaan , NGO, pemimpin setempat dan ahli akademik pusat pengajian awam serta swasta. Kewibawaan UMT dalam bidang maritim membolehkan UMT menerima dana program INDUSTRY4WRD oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bernilai RM400,000 untuk program 4.0 Industry Revolution Competence Center for Maritime Industry. Competence center ini akan dilengkapkan dengan kemudahan latihan dan penyelidikan berasaskan virtual reality system. Sistem ini akan menyokong latihan asas dan struktur dalam industri maritim. Antara industri yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah MSET, ILP Kuala Terengganu, INSTEP, TATIUC, HAKITA dan KOMERI. Kerjasama strategik UMT dengan Technology Depository Agency Berhad (TDA) dibawah Kementerian Kewangan, Malaysia membolehkan UMT menerima program kolaborasi industri (ICP) bersama Integrated Marine Works bernilai RM300,000. Program ini akan melatih para graduan UMT dalam kemahiran pengorekan (dredging) di perairan Malaysia. Menerusi kerjasama ini dijangkakan seramai 100-150 graduan UMT akan dilatih menjadi professional dalam sektor marin dan maritim. Ahli akademik UMT juga akan berpeluang terlibat dalam projek perundingan dan penyelidikan berimpak tinggi. Selain itu, UMT juga menerima RM90,000 untuk pelaksanaan iMakers@UMT. Program ini bertujuan untuk melatih dan memperkasa pelajar dalam menghasilkan idea kreatif menerusi platform teknologi IR4.0 dalam memberi penyelesaian terhadap isu semasa berkaitan komuniti dan industri. Program ini melibatkan kerjasama tiga syarikat IOT SATA Sdn. Bhd, SAS Institute Sdn. Bhd, dan Cybersecurity Malaysia. UMT sebagai Industry Centre of Excellence (ICoE) Kluster Maritim telah menerima dana sebanyak RM600,000 untuk program kebolehpasaran graduan. Melalui program ICOE ini dijangka 120 orang pelajar daripada UMT, UUM, UniKL, Politeknik kerajaan dan IPTS mendapat jaminan peluang pekerjaan yang melonjakkan pencapaian GE (Graduate Employability) di sektor maritim negara. 3 program yang terlibat adalah: a) Training for Professional Certificate of Safety and Health Officer berkolaberasi dengan UMT JAYA HOLDING dan syarikat CIESH. b) Training for Shipbuilding & Ship Repair Preparatory berkolaberasi dengan OMAHAMS CORPORATION. c) Training for Gas Pipe Insulation berkolaberasi dengan RANACO GROUP. Bagi memperkasa hubungan universiti-industri, UMT telah melantik 21 orang tokoh di Malaysia dalam pelbagai bidang sebagai Malim Industri bagi membantu melonjakkan citra UMT di peringkat nasional dan global. Turut diraikan adalah 3 orang CEO lantikan Menteri Pendidikan Malaysia dibawah AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme iaitu Laksamana Pertama (Bersara) Dato’ IR. Hj. Ahmad Murad Omar dari OMAHAMS CORP. Sdn. Bhd, En. Mohamad Idham Nawawi dari CELCOM Axiata Berhad, dan En. Wan Nadhri Wan Fauzi dari Blue Archipelago Berhad. AIxCHANGE: CEO@Faculty Programme merupakan salah satu inisiatif dibawah AIxCHANGE yang melibatkan penyertaan tokoh-tokoh terkemuka dari syarikat swasta dan syarikat multinasional yang menyumbang perkongsian pengalaman dan kepakaran kepada warga universiti. Keprihatinan UMT juga terserlah dalam memberi penyelesaian terhadap isu di kalangan komuniti dan industri melalui projek pemindahan ilmu dibawah geran Knowledge and Technology Assimilation Grants Scheme (KTAGS). Bermula tahun 2018 sehingga kini, sebanyak RM500,000.00 peruntukan kewangan telah disediakan yang melibatkan 51 projek pemindahan ilmu telah memberi manfaat kepada pelbagai komuniti termasuklah komuniti orang Asli, orang kurang upaya, nelayan, usahawan PKS, banduan, ibu tunggal dan orang-orang kampung di sekitar UMT, agensi luar dan komuniti dalam dan luar negeri Terengganu. Program pemindahan ilmu yang dijalankan ini telah banyak membantu dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang lebih mampan, meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat dan membantu komuniti dalam pembangunan lestari. Ini membuktikan sokongan padu UMT dalam asprirasi University for Society (U4S). Melalui MPRI 2019 sebanyak 5 pertukaran dokumen MOA menerusi dana KTAG dapat direalisasikan. UMT prihatin dalam membantu SME dengan mewujudkan geran padanan UMT yang melibatkan 17 projek penyelidikan. Matlamat utama geran padanan industri ini diwujudkan adalah untuk menyelesaikan masalah menerusi penyelidikan dan perundingan. Platform ini secara tidak langsung mengiktiraf kepakaran ahli akademik UMT serta memberi pendedahan situasi sebenar di industri kepada ahli akademik. Ini dapat memberikan penyelesaian permasalahan sebenar komuniti dan industri berteraskan Kasih Sayang, Kegembiraan dan Saling Menghormati. Justeru, UMT menobatkan projek jaringan komuniti dan industri berimpak tinggi menerusi Anugerah Keterlibatan Komuniti dan Anugerah Keterlibatan Industri. Projek- projek yang terpilih ini telah memberi impak kepada masyarakat melalui peningkatan ilmu, aspirasi, kemahiran dan sikap (KASA change). Kemenangan ini dapat membakar semangat ahli akademik, industri dan komuniti menghayati falsafah Sustainable Development Goals (SDG 2010-2030).
WhatsApp-Image-2019-09-08-at-11.43.52-1

Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Maritim

Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Maritim melaksanakan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan (GE) yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini menjangkakan untuk melahirkan graduan UMT yang mempunyai kemahiran seiring dengan keperluan industri seterusnya mencapai matlamat untuk meningkatkan peratus Kebolehpasaran Graduan UMT dan Maritim khususnya.

Program ini menawarkan tiga jenis latihan/kursus yang melibatkan
1) Shipbuilding/Ship Repair Preparatory
2) Gas Pipe Insulation
3) Occupotional Safety and Health Certificate.

Bermula 3 September 2019, Program Sijil Profesional Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Program GE ICoE Kluster Maritim, UMT telah mengadakan kelas di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT. Program ini diadakan selama 22 hari kepada pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun ini.

PIJI anjur Bengkel Pemindahan Ilmu : Keusahawanan Digital

Pada 26 hingga 27 September yang lepas, Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan satu bengkel pemindahan ilmu berkenaan keusahawanan digital yang bertempat di makmal komputer Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) UMT. Bengkel ini dihadiri oleh lebih daripada 30 orang peserta dan berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang selama 2 hari. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada peserta yang juga sebahagian dari responden yang terlibat di dalam Profiling Keusahawanan Digital bagi komuniti Telaga Papan dan sekitar daerah Setiu yang telah berlangsung dari April hingga Julai 2018 yang lalu. Projek profiling Keusahawanan Digital bagi komuniti di daerah Setiu ini mendapat dana dalaman UMT melalui geran “Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS).

Melalui bengkel ini, peserta yang juga usahawan dari pelbagai bidang diberi pendedahan tentang peluang dan cabaran dalam keusahawanan digital yang telah disampaikan oleh Dr. Noorhaslinda bt Kulub Abd Rashid dan Dr. Roseliza binti Mat Alipiah dari Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE) UMT untuk slot pertama. Slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Zaleha binti Mohamad (PIJI) merangkap ketua projek Profiling Keusahawanan Digital bagi komuniti di daerah Setiu, yang bertajuk “Rancangan Perniagaan”. Seterusnya Dr. Shayuti binti Mohamed Adnan dan Prof. Madya Dr. Marhana binti Mohamed Anuar dari PPPPM yang membentangkan tajuk kepakaran mereka iaitu “Cukai di dalam Perniagaan” dan “Strategi Promosi Dalam Perniagaan”. Slot terakhir di sebelah pagi adalah daripada wakil industri, iaitu dari TOP IT Sdn. Bhd yang membentangkan mengenai laman jualan Portal Payang.my yang mana merupakan laman jualan online yang menjual barangan yang dihasilkan dari usahawan di negeri Terengganu. Slot di sebelah petang untuk hari pertama disampaikan oleh seorang lagi wakil industri iaitu Alif Rafie Resources Enterprise yang memfokuskan bagaimana untuk berniaga di dalam portal “Shoppe.com” dan mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan mempunyai laman web sendiri untuk jualan secara digital.

Pada hari kedua dipenuhi dengan slot dari MDEC melalui jurulatih bertauliah dari agensi tersebut, Mohd Zulhazri bin Azmi atau lebih dikenali sebagai “Coach Zul” dari IQP Solution Master Coach. Antara pengisian dari adalah reka bentuk web seperti poster dan lain – lain melalui laman web “Canva.com” serta membuat laman perniagaan di dalam Facebook dan bagaimana untuk membuat iklan didalam laman tersebut. Menurut Coach Zul, menerusi bengkel itu, pihak MDEC dapat memberi pendedahan kepada peserta supaya lebih ramai menyokong program pembangunan usahawan digital oleh MDEC.
“Kita membantu usahawan yang bekerja untuk menjana pendapatan secara lebih tinggi, contohnya memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk membuat pengiklanan supaya mereka dapat menjana pendapatan lebih tinggi berbanding sebelumnya,” katanya.

Secara umumnya, para peserta amat berpuas hati dengan penganjuran program sebegini yang diadakan secara percuma dan komprehensif, merangkumi teori dan praktikal di dalam aspek keusahawanan digital. Program bersama komuniti telah berjaya meningkatkan minat di kalangan komuniti Setiu terhadap perniagaan secara digital. Peranan PIJI sebagai pusat sehentu komuniti amat penting dalam melahirkan komuniti yang berdaya saing dan celik IT dalam menangani cabaran masa depan.

CIUC UUM timba pengalaman dari PIJI UMT

Pihak Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) telah menerima lawatan rasmi dari Pusat Kolaborasi Universiti – Industri (CIUC) Universiti Utara Malaysia (UUM) bermula dari 25 hingga 26 Oktober yang lalu. Lawatan ini adalah bertujuan untuk pihak CIUC UUM menimba pengalaman dan bertukar pendapat bersama pihak PIJI UMT berkenaan program-program kolaborasi antara universiti bersama komuniti setempat dan bagaimana pihak PIJI menjalankan projek-projek pemindahan ilmu oleh pakar-pakar di universiti kepada ahli-ahli komuniti yang berkenaan. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah CIUC UUM iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Don dan disertai oleh 4 orang pegawai dari CIUC UUM.

Pada hari pertama program, delegasi dari UUM tersebut telah mengadakan perbincangan bersama pihak PIJI UMT dalam menjayakan program-program libatsama komuniti dan industri yang telah dan akan dibangunkan oleh kedua-dua universiti. Perbincangan ini juga telah disertai bersama oleh wakil dari Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) yang turut sama bertukar pandangan berkenaan program-program libatsama komuniti ini. Hasil dari perbincangan ini akan dapat membantu ketiga-tiga pihak dalam mempertingkatkan keberkesanan dalam menjayakan program-program dan projek pemindahan ilmu atau kerjasama industri serta masyarakat.
Dalam program lawatan rasmi CIUC UUM ini juga, delegasi dari CIUC juga telah dibawa melawat fasiliti-fasiliti penyelidikan dan pembelajaran UMT. Antara fasiliti-fasiliti yang dilawati oleh delegasi tersebut adalah di Galri Penyelidikan INOS, Hatcheri AKUATROP dan Makmal Simulasi Kapal di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan (PPKK). Hasil daripada lawatan ke fasiliti-fasiliti ini akan dapat membantu pihak CIUC UUM dalam merancang program-program yang melibatkan industri dan komuniti di universiti mereka nanti.

Pada hari kedua pula, PIJI telah membawa pihak CIUC UUM melawat tapak-tapak projek pemindahan ilmu yang melibatkan libatsama komuniti yang telah dijalankan oleh PIJI dan kerjasama dengan komuniti-industri terbabit. Tapak projek pertama adalah di pejabat dan tapak pertanian GM Peladang Sdn Bhd di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Delegasi dari UMT dan UUM telah disambut oleh Pengerusi syarikat GM Peladang Sdn Bhd sendiri iaitu Tuan Haji Ghazali Muda dan telah membuat penerangan berkenaan projek-projek dan kerjasama yang telah dijalankan oleh pihak GM Peladang bersama UMT. Seterusnya, delegasi telah dibawa ke Setiu Boardwalk di Kuala Setiu untuk meninjau hasil penyelidikan dan program komuniti yang telah dijalankan oleh UMT. Seterusnya, delegasi UUM juga telah dibawa ke sebuah kilang pemprosesan pizza yang sebelum ini telah mendapat bantuan hasil dari penyelidikan yang dijalankan oleh pihak UMT iaitu di Koperasi Bukit Guntong Kuala Terengganu Berhad yang telah menjalankan “Projek Penghasilan Pizza Berkalsium Menggunakan Tepung Hidrosiapatit Daripada Sisa Tulang Ikan” bersama UMT.

Diharapkan lawatan rasmi dari delegasi UUM ini memberikan impak dan manfaat yang maksimum kepada komuniti yang akan terlibat nanti.

pasar uctc

PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018

pasar uctc

PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018 akan diadakan semula pada SETIAP RABU bermula 17 OKTOBER 2018. Pasar ini merupakan program pasar anjuran bersama Pusat Pemindahan Ilmu & Jaringan Industri, UMT dengan FAMA Negeri Terengganu. PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018 akan diadakan semula bertempat di Parkir Pusat Islam Sultan Mahmud (bersebelahan Kompleks Siswa) dari jam 2.00 petang hingga 7.00 malam.

Semua warga UMT, Pelajar UMT dan Komuniti sekitar adalah dijemput untuk memeriahkan PASAR UCTC MY BEST BUY NBOS – UMT 2018 akan datang.

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI!!!

UMT sertai UNIMAKER 2018 (East Region)

unimaker

Tahniah kepada UMT kerana telah mendapat Naib Johan daripada 53 penyertaaan dari 7 universiti, Unimaker IR 4.0: Transcending The Future, East Region yg telah berlangsung di UniSZA pada 7 Oktober yang lalu. Inovasi bertajuk “Ez-Larvae Counting System for Fish and Shrimp using Image Processing Techniques” ini disertai oleh 3 org pelajar tahun akhir PPSPA, iaitu Mohammad Afiq Mohd, Wan Nor Asmida Wan Muhammad dan Nik Muhammad Amirulddin Mohd Sakeri dan diselia pensyarah, Dr Ezmahamrul Afreen b Awalludin. Program ini diselaraskan oleh PIJI dan dibantu oleh beberapa pensyarah sebagai penasihat.

Bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 dan menghasilkan golongan yang memiliki ciri keusahawanan tinggi daripada aspek inovasi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan empat universiti awam (UA) bekerjasama untuk menganjurkan UNIMAKER 2018.

unimaker

Pertandingan dianjurkan KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi itu diadakan secara dua peringkat, iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung pada November ini di Kuala Lumpur. Hos zon bagi pertandingan itu adalah Universiti Sains Malaysia (USM) untuk Zon Utara, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Zon Selatan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) (Zon Timur) dan Universiti Malaya (UM) (Tengah).

Pertandingan itu berpotensi melatih dan menggalakkan peserta untuk berfikir, berinovasi serta membangunkan penyelesaian inovatif bagi mendepani Revolusi Industri 4.0. Peserta akan diberikan pendedahan melalui Bootcamp bagi menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pertandingan yang bakal dibimbing pakar daripada Lingkaran Empat atau Quadruple Helix, iaitu pihak universiti, kerajaan, industri dan masyarakat. UNIMAKER yang pertama kali dianjurkan akan menjadi langkah pertama dalam memupuk minat pelajar terhadap ideologi Makers untuk mereka bentuk, menyelesaikan permasalahan, menggodam, membina, mencabar, menggunakan kemahiran inovatif dan pemikiran kreatif bagi mempamerkan idea serta projek bakal dilaksanakan.

unimaker